Custom Search

Friday, November 27, 2009

Bawang

Tadi aku pergi jalan-jalan kat Jusco, Metro Prima. Tujuan aku ke sana ialah untuk membeli mata wang Hong Kong tapi aku di beritahu mata wang Hong Kong sudah habis di jual. Apa??? Ramai ke orang pergi ke Hong Kong. Nasib baik aku ada satu minggu lagi baru pergi ke Hong Kong untuk makan angin dan juga melawat saudara-mara aku di sana.

Mata wang tidak dapat di tukar, jadi aku pergi ke supermarket Jusco untuk beli sedikit barang. Ah, nampak ubat nyamuk, bukan yang perlu di bakar atau pasang dekat suis punya tu. Ini natural punya, ubat penghalau nyamuk, di buat daripada serai (lemongrass). Kesannya baik juga.

Pergi ke seksyen minuman untuk dapatkan minuman berkarbondioksida kesukaan aku. Coke Light lol. Kemudian ternampak pula bawang. Bawang ini betul-betul mujarab. Dikatakan ia dapat memperkukuhkan akar rambut. Ah, jumpa benda yang bagus ni, rambut aku semakin hari semakin nipis, lima tahun akan datang, aku akan jadi Botak Seow dah T_T. Cepat-cepat aku beli bawang. Nanti aku balik rumah boleh cuci rambut akua dengan bawang. Walaupun bawang ini harga tinggi juga, RM 24.90 tapi mesti cuba dan tengok kesannya. Kalau berkesan, aku akan beritahu pembaca-pembaca belog aku.

Nah, ininya Bawang yang aku ceritakan, bukan bawang yang diguna untuk masakanlah lol.
















Syampu Bawang (霸王), Menguatkan Rambut Dengan Ekstrak Herba Cina. Jangan main-main, Jackie Chan pun guna.



8 comments :

mimid3vils said...

very hilarious translation !!!

Mr. J @ pengerindu.com said...

nanti bro jadi Jacky chan. hehe

www.pengeRindu.com

Baby said...

i tot you say yang boleh makan lah...

Simon Seow said...

mimid3vils: is it? lol

Mr. J: tak mungkin, hidung aku tak besar macam dia lol

Baby: lol, that's what i want u to think.

lb said...

wahahaha...ada behchi tak?

kalau ada bawang mungkin juga ada behchi...

霸王别姬 <<<<< duh.

azam said...

so bro...kat mana nak carik ek syampu bawang tu??

berkesan x??i'm still young but suffer from hair fall prob...

Simon Seow said...

Aku beli dekat Jusco. Aku fikir mana-mana farmasi atau supermarket pun ada jual.

si gadis said...

u..berkesan x diz syampoo bawang??>>>