Custom Search

Saturday, January 15, 2011

Maxis Om Nom Nom - Restoran Thai Base


Yeay kami dah sampai ke sini :D Tengok crew yang handsome bergaya tengah cop passport kami :P

Kami sampai kat mana? Sini!


Destinasi Ke-4

Restoran Thai Base
No 7-1 (1st Floor) Jalan Tanjung SD 13/2
Bandar Sri Damansara 52200 Selangor


Kali ini kami dapat menu yang sangat simple yet sangat sedap, sesuai untuk kami yang sampai untuk hi-tea ;)

penuh meja dengan makanan! bwahahhaha :P

Tak puas hati kan jauh-jauh, kita zoooom :)
Menu untuk pasukan Nasi Lemak Pedas


Nasi Goreng Cina RM5.00 ++

Mak aihhh, sedap. Ada udang, ayam, mix vegi dan semua yummeh!

Rating: 4/5


Mee Goreng Mamak RM5.00++

Mee Goreng Mamak ada ayam besar, ada sawi dan udang. Not bad :)

Rating: 4/5


Tom Yam Campur RM5.90++

Mus kata To Yam Campur sedap giler memang kaw abis sampai nak menangis makan sebab pedas. Ada sotong besar, udang dan masam masin manis semua cukup lengkap. Kaw giler!

Rating: 5/5

Agar-agar

Chinese Tea :)

Oh! Terbaik untuk minum petang. Simon dan Mus habis makan. Well, kat sini juga ada hiasan yang oldies dan meja diaorang pakai mesin jahit dow.

Ok, Om Nom Nom - next please....



Maxis Om Nom Nom - Sate Kajang Hj Samuri


salam sejahtera semua!

kini kami berada di location yang ke tiga merupakan di kawasan uptown damansara. di lokasi ini kami dikehendaki makan satay yang terjual di sini. disini satay yang popular adalah satay ayam dan daging dan yang unik adalah satay arnab rusa dan kambing. .. tagline kedai ini adalah

"untuk rasa satay kajang yang yang sebenar"

kedai ini biasanya dikunjungi oleh pelancong dari negara luar yer...

selain satay yang berada disini, terdapat juga makanan seperti
  • nasi ayam
  • nasi goreng cili padi
  • nasi goreng biasa
  • nasi goreng kampung
  • nasi goreng cina
  • nasi goreng pataya
  • nasi goreng paprik
kat sini harga bagi satay ayam, daging perut hati ikan semuanya harga 60 sen secucuk okey
*murah kot!*

bagi yang unik sket, harga seperti berikut
  • kambing - rm 1.20
  • arnab - rm2.00
  • rusa rm-1.80


*rasanye sangat la sedap and cuba makan satay arnab n ayam... rempah dea rasa sehingga ke dalam daging tersebut babe!*


papan tanda yang sangat familiar di sini










air pulak semunya harga rm 1.30

semua harga tak masuk dengan cukai lagi.. walaupon kedai ini macam biasa je, tapi masih ade cukai taw.

kami jumpe kedai ini melalui maxis finder, kalo pengguna maxis diluar sana yang cintakan makanan, boleh la try untuk gunakan maxis finder 301 . just simple rule macam kat bawah ni

on FINDER301 and send to 301 then bila dapat reply msg choose 1 untuk food!! map to lacate this place



Maxis Om Nom Nom - Restoran Tarbush Delicacies Sdn Bhd

Yeay! Kami dah sampai :D




Kat mana? Kat sini!!!

Destinasi Kedua:
Restaurant Tarbush Delicacies Sdn. Bhd

Suasana kat dalam ;)

Dan kami dapat ini :D *terima kasih Tarbush*

tengok si Ili nie, seronok dapat goodies bag.. :)

Welcoming drink :P

Pengalaman yang menyeronokkan untuk ke Restoran Tarbush ini.. Walaupun beberapa kali tersesat, akhirnya kami Nasi Lemak Pedas berjaya sampai dengan jayanya. Staff dan manager restoran ini amat baik hati sebab apa???mereka sambut kami dengan layanan 1st class...wow memang keletihan kami terubat la melihat kesungguhan staff ini melayan kami di meja..

Lokasi restoran ini agak tersorok TAPI menarik untuk dikunjungi sebab exclusive sangat. banyak cerita yang mereka beritahu.. salah satunya Tarbush yang real..maknanya AWAS..jangan pergi Tarbush seperti di Ampang tue sebab restoran itu menggunakan nama Tarbush Delicacies secara tak sah...alamak...penyataan ini telah diberitahu oleh manager....

Okey..let's see menu yang dihidangkan oleh staff ini..



Makloba Lamb : RM 24.00++
"sangat lembut lamb itu"
nasinye pun sedap...
next

Mussaka Olives Oil : RM 15.00++
"sedap sangat..tambah-tambah makan dengan roti pita"
"campuran terung, kacang kuda..sedap giler...."


Mahalabia : Rm 10.00++
"alamak..desert die memang world class...."
"tengah letih-letih, dapat pulak hidangan dsert nie"

Kibbeh : RM 18.00++
"orang kelantan kata nie cek mek molek tapi kat sini lain"
'apa yang lain??sebab kibbeh nie dihasilkan dari lamb.."

ops lupa..sebelah kibbeh tue ada pickles..
pickles nie memang dihidangkan once customers sampai...
buat pencuci mulut


kita zoom sikit pickles nie...
see...yummy...

okey..kenyang giler...maklum la dapat makanan South East..dah macam pergi sana...apa lagi..ayuh peminat jalan-jalan makan, kita terjah Tarbush Delicacies ini...ingat pergilah restoran Tarbush yang origional... jangan pergi yang cetak rompak :)

okey..nie full address nya :
Tarbush Restourant
SUNWAY
LG2.123, Sunway Pyramid, 46150 Petaling Jaya
Tel : +603-5633 9222 Fax : +603-56355922

Lupa..untuk menjaga kualiti makanan, restoran ini hanya memasak nasi sahaja dan hidangan adalah daripada Restoran yang terletak di HQ mereka di Sungai Besi.

Rating : 4.5/5...